Pengguna baru boleh mendaftarkan diri secara sendiri dengan cara yang sangat mudah di laman web BukuTunai.


Ikuti arahan ringkas dan isi maklumat yang diperlukan di laman web pendaftaran BukuTunai.



Klik butang Cipta Akaun Saya setelah selesai mengisi semua butiran yang kami perlukan untuk proses pendaftaran.

Setelah mengisikan maklumat yang diperlukan, satu email pengesahan akan dihantarkan ke alamat email yang anda gunakan semasa dalam proses pendaftaran akaun tadi. Anda perlu mengakses email anda dan klik pada butang dalam email pengesahan yang sistem kami hantarkan itu untuk mengesahkan akaun email tersebut.


WAJIB SAHKAN EMAIL AKAUN


Setelah anda mengesahkan akaun email tersebut, anda akan mula daftar masuk ke laman web BukuTunai.