Anda boleh menambahkan jenis-jenis pendapatan ke dalam BukuTunai mengikut kesukaan anda.


Caranya sangat mudah.


Pastikan anda berada di laman Tetapan dan ke Jenis Pendapatan.



Di sini anda dapat melihat senarai jenis pendapatan bagi perniagaan anda yang kami telah sediakan secara automatik untuk anda. Walau bagaimana pun, anda juga boleh memilih untuk menambahkan jenis pendapatan mengikut kesesuaian bisnes anda.


Klik butang Tambah Jenis Pendapatan, dan satu popup akan muncul. Masukkan info berkenaan jenis pendapatan dan klik butang Simpan.


Bagi mana-mana jenis pendapatan yang tidak mempunyai ikon Padam yang berwarna merah, itu adalah jenis pendapatan yang secara default disediakan oleh BukuTunai.